Fokus Bidang Kurikulum

UMUM
  1. Memastikan pencapaian 100% dalam semua peperiksaan awam iaitu PMR, SPM dan STPM dengan pertambahan A sebanyak 15% bagi semua mata pelajaran.
  2. Kecemerlangan akademik berlaku secara berterusan dengan mengenalpasti pencapaian pelajar secara individu iaitu dengan menguasai headcount dan memastikan pemulihan dibuat pada peringkat awal.
  3. Pembudayaan 'Instructional Leadership' diwujud dan dikuatkuasakan agar semua warga memahami konsep dan terus mengambil berat.
  4. Melaksanakan sistem web sekolah bestari(WSMS) dan bekerjasama dengan komuniti untuk memastikan kejayaan pelaksanaan sekolah bestari.
  5. Mengadakan pembangunan staf secara terancang dan berperingkat agar semua guru dan staf mendapat latihan terbaik.
  6. Meneruskan program pemantauan kurikulum berkualiti(PKBQ) dan memastikan penghantaran laporannya mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh JPN.
FOKUS AKADEMIK


  1. Mengekalkan dan meningkatkan kelulusan 100% dalam peperiksaan awam PMR, SPM, STPM dan peperiksaan akhir tahun untuk tingkatan 1, 2, 4 dan Pra U 1.
  2. Meningkatkan pencapaian kelulusan kualiti PMR 'straight A' dari (105 pelajar) pada tahun 2006 kepada (197 pelajar) pada tahun 2007 dan 100% pada tahun 2008.
  3. Meningkatkan pencapaian kelulusan kualiti SPM (5A hingga 12A) sebanyak 52.4% (121 pelajar) pada 2005 kepada 220 orang pada 2008.
  4. Meningkatkan pencapaian kelulusan kualiti STPM/Prinsiple (5A@4A) dari 20 pelajar pada tahun 2006 kepada 45 pelajar pada tahun 2007 dan 80 pelajar pada tahun 2008.
  5. Memantapkan dan meningkatkan proses pengajaran ICT dan pembelajaran dengan mengoptimumkan penggunaan ABM dan ICT secara berkesan.
  6. Melaksanakan program OPSME untuk pelajar-pelajar tingkatan 1.
  7. Memantapkan pelaksanaan program pengajian dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris PPSMI dengan menggunakan ICT sepenuhnya.
  8. Memantapkan pelaksanaan sekolah bestari WSMS dan menjadikan pembestarian pangajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
  9. Memantapkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah supaya dapat menyediakan bahan rujukan yang mencukupi, kondusif, kreatif, ceria dan digunakan dan guru secara berkesan serta menjadi PSS kategori bandar terbaik di negeri Kedah tahun 2008.
  10. Setiap pelajar hendaklah lulus dengan gred A bagi setiap mata pelajaran setiap masa.
  11. Pelaksanaan pemantauan kurikulum berkualiti secara bersepadu dan berkesan.
  12. Memantapkan dan meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru dalam bidang motivasi intrinsik, pengurusan perubahan, pedagogi dan ICT.